Aduihhh laa.. Apsal aku takleh nak lupakan seketika pasal planning nak g Bromo ni?? Dah kene sampuk antu bromo gaknyer.. Ni semua pasal ke'jaki'an aku pada abg naj & wife dia la ni.. Td dia g gleneagle utk injek ape tah. Pastu dah amik visa utk masuk nepal dah.. dia ada gak tunjuk tiket flight dia tadi, serius buat aku tergelak kuat, sbb terkejut - tulis tangan beb! hahahaha.

Mt. Bromo
Info yg aku tau sket² pasal gunung berapi aktif ni adalah ketinggian dia hanya (ecehh!..hanya la sangat..!!) 2,329 m. Terletak di Jawa Timur Indonesia dan mempunyai keluasan sebesar 10km persegi. Eh. Yeke aku explain ni.. kang silap plak, malu jer.hahaha. 10 square kilometer.. same la tu kan? hahaaha.. Suhu boleh turun serendah 0 darjah celcius.. Makngaiii~ Sure sejuk gilos... Mengikut sumber yg
ini, the best visit season is on the month of June-Oktober and December-January. Tah nape.. Kot sejuk ke panas ke, musim gunung xmeletop ke.. aku pon tak sure..
Aku pon dah survey harge yg ditawarkan oleh agensi² pelancongan dorg secara online. Rata², kos jalan² utk 1 org dalam 800 kot kalau utk 3D 2N.. tak masuk tambang kapal terbang lagi ler. Fuhhh.. Berpeluh gak la.. Isk².. kalau nak kuakan seribu lebih pon da berpeluh, mcm mana aku nak ikot naj? By the way of looking to his budget tadi, kalau xde 10k, toksah berangan la mas oii. hahaa.. Itu kos sorg tu.. Lom berdua lagi.. Hancusss rabak poket! Takper la. Umo dia n wife pon berapa.. aku muda lagi. Start kumpul duit mas!! U can do it!! Ehh!! Bromo x sampai² lagi, sebuk nak g Kathmandu plak!! Haishh!!
Ohye. Malas la nk ckp pasal gunung-ganang lagi.. Sbb tanak berharap terlalu melangit. Banyak lagi duit yg aku nak gunakan ni.. Bulan March 2009 aku nak g Tioman amik lesen Open Water tu.. Ha.. Mau terbang seribu time tu.. Gedebak-gedebuk, penginapan, makan, minum, perjalanan, lesen, sewe itu ini.. Huh.. Pastu bulan Mei 2009 plak, dah terbang dan bakal menenggelamkan diri dalam lautan Pulau Sipadan plak. Perhh.. Syabbassss bete.. Belum berjaya pon aku da ucap congret kat diri sendiri. Berani² betul menempah maut.. Dah la ada semput.. Kalau dibuatkan xleh nak benapas dalam air tu kang.. Isk.. Nauzubillah.. Mudah²an aku berjaya tempuhi cabaran tahun 2009 ni dgn jayanye!! Yeehhah!! Sedangkan puncak Gunung Kinabalu sudah ku tawan. (ee.. geli tul dgn statement ni.. org lain dah G7, G9, G12.. aku br satu gunung dah kecoh².. hahahaha!!)
Esok ari Rabu.. Kejap jer kan.. Sbb isnin cuti, jadik seminggu tu rasa kejap jer. Kan bes kalau tiap² isnin tu tak keje. hahaha! Melalut la lu mas.. Berangan lagi.. Ni kene penyakit kak fauzana la ni.. Tghari td borak dgn dia, dan dia sangat kuat berangan. Berangan nak amik master, berangan nak further study kat Australia, berangan nak kawen, berangan.. berangan.. berangan.. tp aku x kesah pon.. Berangan la kak.. Mmg kita idup ni kene ada cita², kene ada angan².. kene la berangan kan? Tanpa itu semua, camne nak kasi kita semangat juang.. camne nak buat kita beriya² ke arah suatu tujuan tu dgn lebih berkesan.. hm.. apesal aku tetibe tiru gaya pakar motivasi lak ni?? isk. Dh mlm² buta ni, buat dah la tu.. dok melalut jer.. Ini la padahnyer bila dah suke sangat menaip.. hahaha!!
Ohye, kat multiply td ada sorg kenalan baru ni, dok guna bahasa 'awak-kita' dgn aku. Hehe. Comel tul aku rasa.. Mcm di zaman skolah² dolu.. Teringat satu dialog kawan kelas sebelah:-
Kawan A :
Eh. Awak. Lama kita x nampak awak. Awak apa kaba?Kawan B :
Eh.. Awak. A'ah la. Lama kita x jumpe kan. Kita kaba baik. Awak?..dan seterusnya.
Hahaha.. Aku sebagai budak nakal kat skolah, cuma tergelak² jer kat tepi pintu kelas.. almaklumler, aku ni slalu ditempatkan sebelah pintu. Tah apsal. Masa skolah konven pon same, masa skolah subang pon same.. Ehehehe..
Smpi sini je dulu aku bebelkan. Later aku sambung bile ada bende nak tulis lagi. Tata