Ramai yang tanya, cane nk melupakan.
Lupakan ape? Apa lagi.. dia lah. Huh. Lupakan je la.
Tapi boleh lupa ke? Memang tak boleh.
Dah tu? Lupakan je la.. Tak payah nk kenang.
Aghh, korang ni. Ye, mmg laa nmpk macam dah lupa 100% tapi.. otak saya ni bukan mcm hdd.. yang boleh reformat bebila masa nk. Siap boleh kasi nama baru. Boleh buat partition pelbagai saiz segala.. Ini otak manusia.. Manusia biasa...
Takde maknanya boleh lupakan terus. Macam lagu alyah tu.. meh saya copypaste kat sini:
Kau telah jauh, jauh darikuOk cukup.. kang jadik blog liriklagu pulak.. Anyway saya rasa, mmg kawan-kawan (or should i say, adik.. ko pun same..) kene start berusaha keras untuk melupakan. Yes. I've been there! So i knew how u felt. Demmit. Apa ingat saya tak pernah frust ke? Saya tahu.. ye.. betul.. perit.. pedih.. takleh lupa.. tapi... apa guna nk idup dalam kenangan tu?
Tiada ruang di hati buatmu
Namun harusku akui
Ada ketika di minda kau menjelma kembali
Meh baca, sebab-sebab utama kenapa korang kene LUPAkan terus kenangan bersama ex korang tu.. haa.. Baca.. artikel ni saya dh translatekan ikot citerasa sendiri. Kalau nk baca yg asalnya, boleh baca kat sini.
Kenapa kene anda harus lupakan mereka (EX)?
(1) Kerosakan mental - Kalau asik terpikir pasal dorg je, kedamaian mental anda akan terjejas. Susah nk buat aktiviti lain. Susah nk bersama teman baru. Susah nk pegi sane sini, asik dok teringat.. dah teringat tu takpe lagi.. ni sebuk nk sedih2.. apehal.. rasa2nya dia sedih mcm korang ke? Ataupun dia tgh bersuka-ria dgn hidup barunya bersama teman baru? Kejap lagi korang yg sewel tau.. eee. Tak suke…
(2) Produktiviti - Elok2 boleh melaksanakan tugasan dgn baik, produktiviti cantek… tp bila kenangan dgn si dia mengganggu, terus semua kerja2 terhenti. Otak jadik bleng.. heng tak tentu pasal. Tau tak, kenangan bersama ex adalah seperti virus yg mengganas menghancurkan otak!! Aghh.. Tak payah. Tak payah.. Tak payah kenang.. Gi sambung buat keje!! Pegi bersosial.. Pegi la mana2.. lemparkan senyuman pada semua.. dah.. jangan kenang..
(3) Strategi merosakkan motivasi - Mula2 dah motivasi diri.. pk yg positif2.. tetiba bile kenangan dgn dia menerjah kepala otak, mula laa yg negetif2 pulak menakluki perasaan. Daripada seorang yang berkeyakinan, tiba2 jadik orang yg rendah diri. Merasakan diri dia serba kekurangan.. bla bla bla… Buat apa? Sepatutnya kita bgn dari jatuh dan menjadik org yg lebih baik. Bukan dah jatuh, terus baring dan tergolek2…dan merengek! Allah sengaja mencuba kita sebab nk kita jadik insan yang lebih kuat, bukan sebaliknya.
(4) Untuk menjadi lebih gembira - Kalau tak lupakan, camne nk menjadik lebih gembira?? Cari celah2 kehidupan kita ni, pasti ada benda yang dapat menggembirakan daripada terus mengingati si dia yang tak worth pun utk difikirkan… Ingat matlamat asal kita.. Lagipun, bila kita happy, kesihatan akan bertambah baik, insyaAllah. Bergembiralah untuk diri sendiri dan keluarga yang dicintai.
(5) Mengelakkan Depress dan Frust yang tak abis2 - Ha.. Kalau asik dok ingat, surely la ada perasaan tak puas ati.. depression.. frustration.. kemarahan… bengang.. putus asa.. Kalau iman tak kuat, silap2 haribulan mati hati. Takpun mati bunuh diri (eeikk.. ada ke sampai bunoh diri?? Gile eh)
TAPI... oh. ada tapinya.. kalau kenangan itu membuat anda tersenyum, kenang aje la. Nk buat cane. Dia bukan jodoh anda. Anda patut senyum kerana sempat meluangkan masa dgn dia, walaupun seketika. Tolak tepi semua kenangan yang huduh2. Kenang yg baik2 aje :) Boleh? Ha.. Tak boleh ke? Apa nak jadik ni.. Degil betul la korang ni... baca nie pulak..!!
Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.
1. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.
2. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.
3. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.
4. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.
5. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...
6. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.
7. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.
8. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.
9. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.
Fahamilah... kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya. Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..
PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..
♥ ALLAH knows BEST! ♥
Ok... semua tu bukan hasil tulisan saya sendiri :) Tapi copypaste je tu.. dari blog ke blog. Tak tahu siapa pengarang asalnya. Yang pastinya, sebulat2 list tu, ada dalam beberapa blog... Takpe la kan, janji content dia bagus.. Dapat menginsafkan kita..
Ok... Itu semua adalah SEBAB-SEBAB kenapa anda harus lupakan dia, dan teruskan kehidupan yang ada.. Tapi bagaimana nk hadapi ekk? Macammana cara nk lupakan? Ala..
Cara-cara camne untuk lupakan mereka?
1. JANGAN pegi tempat korang melepak masa jadik gelfren/boifren. Kalau blajar kat tmpt yg same, itu mcm susah sikit la.. Takkan la nk kene benti belajar pulak!? Tp kalau boleh elakkan la.. Kang kalau pegi jugak, pasti ada kenangan2 yg menusuk jiwa~ Kalau kerja di tempat yg sama, dah tiba masa utk carik keje baru. Kot la sebab clash ni, dapat bukak mata kita bahawa ada rezki lebih best di luar sana tu.
DIRI SENDIRI: huh. saya tetap pegi kedai makan yg kitorg selalu pegi dulu. Nak buat cane.. Saya suka pulak makan bende2 tu.. Agh!! demmm.. demmm.. Kerja pun masih kerja di tmpt yg same.. Nk buat cane, rezki mmg kat sini je kot.. lom dapat keje lain :)
2. SEMUNYIKKAN (kalau lagi best, BUANGKAN) semua hadiah dan gambar2 anda bersama ex. Semua ni mmg la banyak kenangan/nostalgia behind the scene, tapi, buat apa je. kan.. kang bila ternampak, terkenang. Bila terkenang, tersedih. isk3. Tak sesuai.
DIRI SENDIRI: mmg takde dah. Dah buang. Gambar yg beralbum2 dah buang. Yang burn kat CD pun dah buang. Yang dalam hp dah delete. Tapi... ada pulak satu dua yg tersimpan. Huh!! Takper laa. Saya tak bukak/ tengok pun. fuuhh...
3. INGATKAN DIRI SENDIRI, "Saya pasti boleh lupakan dia". Takde cara lain dah. Kalau nk berubah, seribu daya. Taknak, seribu alasan. Di mana ada kemahuan, di situ ada highwayyyy!!
DIRI SENDIRI: Yes. I can do it!! Ghrrr.. I CAN DO IT!! Hait Hait!! Aja aja fighting!!
Read more here!
Ok.. Panjang betul bebelan kali ni. Semoga korang yang membaca dapat mengutip seketul dua ilmu dari pembacaan. Selamat berjaya!! dan Teruskan hidup dgn jayanya!!
xoxo
Mas












7 comments:
nice one lah, mas! serious stuff discussed dlm cara yang x bape nk skema. me like! hehe. thanx bg heads up, eh? pasni leh follow blog ni.
semoga dapat melupakan semua yang patut dilupakan & mana2 pengalaman yang terbaik utk diri, harap2 stay sampai bila2 :)
hehe (。◠_◠)" thanks intan! insyaAllah kita boleh!
"Hey ladies jangan mau di bilang lemah" - Rossa
heheh...
aku dah lame kot tak masuk blog ko.. terus tgk tukar dah layout..
*maklomla.. sangap kat opis masa nilah nak bukak blog.. hohoho
ye,aku pun pasal sangap sangat kat opis laa rajin beno nk apdet blog dan layout. hahahaha!!
perlu ke pekataan "adik"?? dem dem demm u sis..
panjangnya mas... btw sgt menarik.
apapun dunia ni kecik je, pusing kiri, pusing kanan, esok lusa jumpa balik. kalau boleh teruskan berkawan. ada org yg sesuai sebagai kawan je dgn kita...huhuhu.
sekadar berkongsi pendapat :)
peace no war!!! yeahhhh
pasal kawan balik tu mas x kesah jib. tp hal yg merunsingkan adalah otak jd heng bila asik terkenang bende2 macam ni. tak sesuai ok..
p/s: macammana nk kawan.. dah mcm berada dalam dunia yg berbeza
Post a Comment