girl

girl

Jan 12, 2011

Rawatan Alternatif

As Salam

Hai geng. Apa itu rawatan alternatif? Bagi saya sendiri, pengertian bg rawatan alternatif adalah rawatan selain dari yang diterima di hospital dan klinik. Senang kan..

Saje nk tanya pendapat korang. Korang percaya tak pada rawatan alternatif?

Buat masa ni keluarga saya sendiri mmg ada buat rawatan kat satu tempat kat Kota Kemuning ni. Mmg bagus la kalau tanya saya. Ramai gila org pegi buat rawatan kat sini. Bila saya google pon, ada results yg agak positif. Ada 2 yg saya jumpa ni macam best nk dikongsi bersama. Kalau rajin korang baca2 la ek:

Forum: http://www.ngobrolaja.com/showthread.php?t=32482
Blog: http://novelman.blogspot.com/2009/03/nikmat-sihat-segar.html

Kali pertama pegi, dokte tu akan buat pemeriksaan semata. Dia akan bgtau apa penyakit kita.. dan apa yg dia boleh tolong. Ye. ada jugak penyakit yg dia dah takleh nk tolong, dia akan angkat tangan srende.. Mana taknya, dia bukan Tuhan. Kalau dah kronik sangat, mebi dia rasa itu bukan lagi bidang kuasa dia, semua terletak dalam tangan DIA. Harus lah berdoa dan bertawakal aja. Kalau dia rasa dia mampu bantu, dia akan bantu. Tapi kene la ingat, dia juga manusia. Kalau dia cuba, dan cubaan itu gagal (ie tak baik2) tak payah laa sampai nk kondem gile2 dan saman bagai. Gila ek. Kalau ko pegi klinik masa demam, then tak baik2, ko ada saman klinik tu ke? Paling tidak pon, ko cuma tuka klinik je kan? So.. blah je la kalau rasa tak baik2.

Oh.. Harap maaf atas bahasa kurang enak di atas. Saya tak puas ati la kat org2 kita (nak2 MELAYU laa) ni.. Kalau perubatan tak menjadi (ie tak menjadi=tak improve.. bukannya makin worst pun) mereka akan mengumpat gila babeng... Klinik ni dulu di Shah Alam seksyen brp tah.. tp berpindah ke Kota Kemuning sbb ada patient yg buat onar.. dah ala2 perangai Along.. ada ke baling cat merah ke dinding klinik? ..sbb dia berubat kat situ tak baik2. ek'ele.. lu apahal mat..

Dan satu lagi.. Kalau saya bercerita pada kawan yg sedang ingin mencuba prubatan ni, kenapa harus kawan2 lain memerli2?? Hoi. Kalau dah tak pcaya.. tak payah la dgr.. dan tak payah laa nk memerli dan menakot2kan kawan yg ingin mencuba tu. Tuhan dah suruh kita ikhtiar, maka ikhtiar la kita. Lepas tu, satu lagi, dokter ni bukannya Tuhan. Takkan buat rawatan skali dah sihat? Gile ek? (haa.. lagi skali aku panggil korang gile.. haha) Kalau ko sakit kencing manis... darah tinggi.. lemah jantung.. ko makan ubat skali dah sehat ke? Ke.. dokte hospital akan rekomen utk ko makan ubat tu seumur hidup? Ha.. jawab la! benngggg...

Hari isnin lepas jalil selamat buat rawatan kat klinik ni. Alhamdulillah. Dia kata tekanan dlm mata dan berkurang banyak. Sblm ni dia mmg kene makan ubat hari2 utk meredakan tekanan dalam mata.. dia hidap glokoma. ha. cane eja tah.. tp sangkut-paut dgn saraf mata aa.. Banyak area yg mata dia dah tak nampak. Kesian. Hospital kata takde cara nk ubat. Satu saat nnt akan buta. Yg dikasi ubat pon hanya nak melambatkan saje kesan mata buta tu.. Contohnya, akan buta dalam 10thn, dapat la dipospon jd 20thn (contoh ni jalil sendiri kasi tau.. bukan saya sendiri2 buat cerita) Nnt next month jalil akan buat rawatan lagi.. mungkin lagi 2-3 kali kot... Pelan-pelan kayuh.. InsyaAllah ada rezki akan nampak semula la mata kiri dia tu. Td dia cerita sblm ni area yg dia tak nampak tu berwarna sangat gelap (hitam), tp harini area tu dah cerah sedikit.. walaupun masih belum nampak, tp jalil rasa dah ada perubahan positif. Untuk itu, Alhamdulillah. Moga jalil akan sehat seperti dahulu kala ;-)

Pada mereka yg tak pcaya pada rawatan alternatif, tolong lah jangan buat ayat sini mcm ni... mau je rasa macam nk melempang! Contoh ayat yg dilemparkan pada jalil, tp sedikit-sebanyak buat saya sendiri merasa marah:
  • ha lil.. dah nampak dah?
  • eh.. ada je kesan luka kt muka tu.. kata takde kesan..

weh.. ko ingat pakcik tu buat megik ke?? pertunjukan silap mata?? kamonnn laa wehh... be practical.. kene potong dgn pisau hospital, takkan laa takde kesan lukaaaaaaa!! haiyaa



Oh. cukup la membebel dgn gaya bahasa seperti sedang memarahi pembaca2 sekalian.. Harap dimaafkan ye.. Entry dua tiga hari ni mcm agak emosional.. Mungkin faktor peredaran darah bulanan.. hehe.. Apa pun, kepada sesiapa yang ingin mencuba.. Ye la.. Selepas baca artikel dalam 2 link di atas, kot laa nk mencuba.. Boleh la pegi sana.. Kali pertama pegi, jangan lambat2. Kat situ subuh2 hari pon dah ramai org.. walaupun klinik hanya dibuka pada jam 7.30 pagi. Biasa kalau saya temankan keluarga saya, kol 6 dah terpacak kat situ. Subuh di masjid berdekatan sudah.... Pernah ada org yg datang seawal jam 4 pagi dan tido di dpn pintu klinik sbb nk dapat giliran paling awal.

Klinik hanya terima pesakit dalam 50 org sehari.. Half utk datang kali pertama.. lagi half adalah yg datang utk buat rawatan (operate/etc). Yg dtg kali pertama tu mmg ramai gila.. Yg datang utk rawatan tu biasanya mereka dah buat appoinment hasil perjumpaan kali pertama. So kalau tak dapat giliran masa dtg kali pertama, harap korang bersabar dan cuba la lg datang keesokan harinya.. Jgn cepat melatah.. gi jumpa nurse yg ada.. mintak supaya diberi peluang datang lagi esoknya. Ok? insyaAllah ada rezki, ada la tu.

Tentang bayaran... Bayaran kali pertama tak mahal.. dalam rm20-30 kot. Entah.. mcm tu je la rasanya. Tapi bayaran operate tu ada yg ratus. ada yg ribu. tp tak mahal lah kalau nk banding dgn bayaran hospital. Mak saya pecah apendik, operet kat situ kene dalam 4k kot. Lps operet, sejam stgh jam. Pastu dah boleh bangun sendiri... pegi bayar.. dan balik. Kesan luka mmg ada, tp takde la nk warded sampai sminggu.. kalau kat spital, boleh ke lepas operet terus bgn dan balik? Tak kann?? Haa.. ini satu hal yg special kat sini. Semua yg dioperet akan berehat sebentar (walaupun yg dioperasi itu adalah di kepala ataupun jantung!!) dan kemudian akan bangun, berjalan sendiri dan pulang dgn senyuman.

Amik gamba dari album jalil

Anyway cara nk pegi kinik tu...

1) Ikot KESAS highway, menghala ke shah alam
- akan lalu Summit sblh kiri, jgn belok, terus je
- kalau dari subang, depan summit tu, turun highway KESAS hale ke shah alam..

2) akan lalu Proton sblh kiri, terus lagi
3) ada simpang ke kiri, simpang ke KOTA KEMUNING, belok situ
4) roundabout PERTAMA, amik jam 12 (Terus)
5) roundabout KEDUA, amik jam 3 (kanan)
6) roundabout KETIGA, amik jam 9 (kiri)
7) selepas tu ada shoplots...
8) klinik ni shoplots belah belakang (ngadap belakang sekolah menengah)
- terletak bersebelahan restoren seafood cina
- nama yang terpampang adalah Rawatan Warisan Islam

Alamat penuh dia:
Pusat Rawatan Warisan Islam Sdn Bhd
15 & 15A, Jalan Anggerik Doritis
BB31/BB Seksyen 31
Kota Kemuning, Shah Alam
No fon: 03-51210098

Kalau x silap dulu ada kawan yg rajin nk mencari identiti dokte klinik ni.. (dokte dia sorg je.. panggilan kitorg kat dia adalah CikMan) Nama penuh dia kalau tak silap Dato' Dr Badiri Tukiman. Kalau tak silap laaa.. Saya bukannya seketeri dia.. mana la nk ingat semua... ha, kawan yg rajin tu found out dokte ni ex-dokte di Hospital Tawakal. Wallahhualam. Tapi saya mmg ada dgr dulu dia dokte di hospital.. kegagalan dia nk selamatkn nyawa arwah isteri pertama dari penyakit barah payudara, membuat dia berhenti seketika, dan mencari ilmu rawatan alternatif di seberang. Kemudian kembali ke malaysia utk berbakti pada rakyat.. Hakikatnya, lebih ramai org luar negara yg datang buat rawatan daripada rakyat sendiri yg masing2 asik memperlekehkan rawatan cara gini....


Saya tidak mendapat apapa komisen daripada pihak klinik dgn menulis entry ini. Ini pendapat sendiri, tidak dipaksa oleh mana2 pihak. Kalau berguna, alhamdulillah. Mudah2an sesiapa yg membaca dapat manfaat sedikit sebanyak.



16 comments:

Dani neh said...

tatau kenapa aku suke entry ni..
hahaha

"lu apahal mat.."

sungguh tulus dari jiwa.. heheh..
kipon blogging mas.. ramai silent reader dlm nih.. aku rasa

intoxicated-catastrophe™ said...

hoh. silent reader la sangat kan..
hahahahaa.. aku mmg menulis dari hati
ada je yg aku nk cakap kan, isk3

Kit Pryde said...

uihs. mmg mamat yang balik cat kat clinic tu giler.

kalau tak puas hati, tanya je la dr tu kan?

kalau still tak puas hati, stop je gi situ.

sbb dah cakap, pastu dr dah dengar, pastu you tak nak, jgn gi je la.

mas, kit doakan penyakit2 tu semua sembuh... amin!

:)

intoxicated-catastrophe™ said...

itu la yg mas ckp kit. tak puas hati blah je la. tah apapa.

anyway thanks for the doa :)

armouris said...

info tentang barah payudara di SIHAT SELALU - Pengesanan Awal Barah Payudara

Anonymous said...

As-salam..kawan bawak mak die berubat kanser hari ni..member beratur dari 4 pagi dapat giliran jam 11 tadi..:)

intoxicated-catastrophe™ said...

wslm. ok so cikman ckp apa? masih ada harapan nk sembuh? kita doakan ye!

Anonymous said...

Hi there..., I just found your blog and read it. It's nice and interested with communicative language. I like it, though couldn't understand some words. Keep writing...
Oo, one more thing, thank you for the information about this medication. I will need it sometime, for sure.

intoxicated-catastrophe™ said...

oh, hye there! sorry ya about the language ;) i cant write in english very well. hehee... take care dear!

myself said...

Mamat yang baling cat tu... buat bazir duit dia je beli can kan?

Kalau nak tolong cat pun, buat la bagus-bagus sikit. Ahehehe.

Dya Kartika said...

ayah tak pernah pulak cakap berhenti jadi doctor sebab tak dapat selamatkan mama ( isteri petama )... ni saya baru dapat tahu :(

intoxicated-catastrophe™ said...

oh itu apa yg mas found out aa.. awak jgn la sedey.. ayah skrg lebih best ilmu dia kan. dan lebih ramai org yg berjaya diselamatkan, tp insyaAllah mama awak ttp dlm hati dia selama2nya.

Anonymous said...

Dya nie anak datuk ke? Sy br register.pg td(15/4/2013)...isteri sy menghidap penyakit breast cancer. Nk tnya check up akan dibuat pada 18/4/2013 hari khamis...soalan sy berapa lama ye diambil untuk membuat pembedahan? Sbb ketulan dalam payudara isteri sy makin membesar dan takut ianya pecah

intoxicated-catastrophe™ said...

Pembedahan tu kejap je insyaAllah. Semoga semua selamat dilaksanakan esok ye. Smlm br je kami ke sana, ramai betul org yg dibedah semalam.. datuk makin power skrg hehehe

Anonymous said...

Klinik ni kena walk in ye? Buka pukul berapa? Ada no tel tak? Tq

intoxicated-catastrophe™ said...

saya dah update info.. tarok bisnes kad dia kat sini. rajin2 la call sendiri ekk ;)

Its all about me!!



Join me @ | Blog bilajarimenaip | Blog gengGLC

Ganasz, gile, ngok-ngek, pelupe,.. dan yg sewaktu dgnnye.. This blog is all about me.. and me.. and me.. sorry arr.. nothing about u.. kuang..kuang.. kuang..

Korang please PM intro yourselves before add aku kat facebook ye.. Dah ada lebih seratus friend request ni, aku tak kenal, maka tak click Confirm pon :P

About Me



Labels

About me (23) Accident (10) Amal (34) Artikel (35) ATV (3) Bagan Lalang (1) Bandung (1) Bangsar South (1) Belongings (90) Bentong (1) Besday (39) Beskal (1) Betong (4) Bikerz (70) Broga (2) Bukit Gasing (1) Bukit Jalil (1) Bukit Jugra (1) Bukit Saga (2) Bukit Tabur (2) Buku (4) Cameron Highlands (4) Chamang (1) China (10) Convocation (2) Dataran Merdeka (2) Dive (11) Dr.Owl (35) Emosi (187) Endau-Rompin (5) Event (87) Family (79) Flying fox (1) Fraser (3) Friendship (9) Gath (13) Genting Highlands (4) GLC (62) Goldcoast (3) Greeting (33) Gua (9) Gua Batu Maloi (1) Gua Hari Malaysia (7) Gunung Datuk (1) Gunung Kinabalu (7) Hani (6) Harian Metro (2) Hassan (12) Hatyai (4) Hiking (13) Ho Chi Minh (1) Hong Kong (7) Hot Spring (4) Hutan Simpan Bukit Ayer Hitam (1) Ilham (1) Imbasan (5) Indonesia (1) Istana Budaya (1) Jalan2 (56) Jelita (1) Jerangkang Waterfall (1) Johor (16) Kapalai (3) Kayak (1) Kedah (2) Keindahan (21) Kelantan (4) KL (19) Koh Samui (11) Komboi (69) Korea (7) Kota Kinabalu (1) Krabi (4) Kuala Pilah (1) Lagu (43) Langkawi (25) Lata Hammer (1) Lego (4) Legoland (4) LOB (3) London (6) Lubuk Kawah (1) Luge (1) Mabul (8) Maran (1) Mekong River (1) Melaka (4) Merapoh (7) Mesilau (3) MMU (2) Movie (68) MyHikers (4) Negeri Sembilan (5) Outdoor (53) Pahang (38) Pancing (3) Patong (1) Pejabat (111) Penang (11) Perak (22) Petaling Jaya (2) Phi Phi (1) Philippines (6) Phuket (3) PNB Divers (13) Ponijan Bikers (34) Poring Hot Spring Ranau (2) Port Dickson (2) Putrajaya (4) Ramadhan (6) Ranau (2) Raya (37) Repelling (1) Rumahku (34) Run (8) S.E.A. Aquarium (1) Sabah (35) Sahur (2) Santuari Ikan Kelah (3) Sarawak (7) Scuba (43) Selangor (20) Sentosa (3) Sepang (3) SFC (2) Sg Relau (7) Sharing a Smile (7) Singapore (5) Sipadan (9) Snorkel (7) Songkran (1) Subang Jaya (3) Sukan (37) Sungai (15) Sungai Pisang (2) Sunway Lagoon (2) Tag (1) Taiping (1) Tam (2) Taman Negara (11) Tangkuban Parahu (1) Tasik Kenyir (2) Tawau (8) TayarGolek.Com (1) Tazkirah (4) Tech (9) Terengganu (22) Thailand (17) Timpohon (2) Tioman (6) Titiwangsa (5) Universal Studios Singapore (1) USS (1) Vacation (121) Vietnam (1) Waterfalls (11) Wedding (27) WoW (2)

Live Traffic Feed