Followers

Terima kasih sbb sudi jadi Follower (^_~) *wink*

“We're born alone, we live alone, we die alone. Only through our love and friendship can we create the illusion for the moment that we're not alone.” - Orson Welles

“The most important things are the hardest to say, because words diminish them. - Stephen King

Love Just Ain't Enough

Tetiba nak menulis.........................

"Love just ain't enough"

Aku dah geledah lirik lagu ni, tp mcm tak best. Tajuk dia je yang menarik minat aku. Hehe.. Cukup ke hanya dgn cinta.. untuk sehidup dan semati

"Duit bukan segalanya"

eh.. yeke.. kalau takde duit, mcmmana nk idup.. pk sikit bole..

Yes, topik kita harini adalah kisah CINTA dan KEWANGAN. hehehe.. Macam menteri kewangan takpun menteri wanita bercakap pulak ;p hahaha.

Walaupun awak* cuma kerja biasa2 je, saya tak kisah. Yang penting kita saling cinta-mencintai, dan awak janji akan sayang dan jaga saya sampai bebile.


Heh.. konon laaa kan.... Skali bila ada problem yg sangkut2 dgn duit, mau tak berperang!

Awak* tak awak.. sampai bila awak nk saya bertahan kalau macam ni gaya hidup kita!


(*err.. awak tu refer kat boifren/ bakal suami/ suami/ bekas suami k ;P)

hambekkkk.. tak pasal2 perang dua ketiga keempat dan seterusnya sampai laa lahir anak ke-lima. hahahaha! motiffffff.... dah laa kewangan sempit2, lagi beranak ramai2.. Ye, anak itu rezki yang Allah kasi.. Saya takkan deny pon. Tapi... berpada2 lah kan.


Family planning

Its not about 'protection' during berasmara/bersama je *HAHAHAH gelak guling2 bila sebut perkataan2 gini... hahahahaa. Anyway back to the topic, sebenarnya bagi aku, family planning ni harus dibuat EVEN SEBELUM KAWEN lagi.. Dah namanya pon PLAN kan.... Mana ada execute dulu baru plan.. harus laaa plan baru execute.. kan? Fail to plan is plan to fail. Yep?

Orang zaman skrg macam makin educated...tp bab planning mcm er.. pass ke? Especially nk ckp pasal guys la. Hello... Takkan nk guna alasan, "Kita kawen dulu, nanti pandai2 lah kita hidup." eh eh.. macam redah je gitu2 ek? hmm.

Based on experience, bagi aku, sebelum kawen, ORANG LAKI.. yes, orang laki ye... sepatutnya dah pk masak2 pasal hal kewangan.. tidak le aku ckp org laki sekarang ramai yg berpaut pada kewangan pasangan, tp hakikatnya ramai yg berfikiran ringkas mcm tu. "Ah takperlah, dia kan ada.." Ada pulak gitu.. Sampai bila pun ko nk bini ko keje mati2 kat lua tu.. Ko sure nk dia beranak dan besarkan anak2 sendiri. Tapi kalau kewangan ko cam sipot... baik ko je yg benti jaga anak2 kat umah bro.. hahahahaa

Based on statistic, rasanya bilangan orang lelaki yang berjaya mendapat kelulusan dari pusat pengajian tinggi sangat berbeza dgn bilangan kaum hawa. hah! Mcammana laaa nasib org2 pompuan yg berjaya tu gaknya kan... Kalau dulu2, mmg lain! Pakcik2, bapak2 kita, mana ada masuk universiti. Tapi dorang jadi orang berjaya jugak. Zaman manusia yg lahir 80an/90an ni, kalau x masuk universiti, boleh berjaya ke? Hm.. Boleh gak sebenarnya, kalau rajin dan usaha keras. Ni dah laa x masuk uni, pemalas, otak singkat.. tahu nk shortcut je.

Peruntukan kewangan yang harus difikiran sebelum ckp I LOVE YOU :-
  1. Hantaran & perbelanjaan nikah kawen
  2. Rumah (sewe/sendiri)
  3. Kereta/motor
  4. Keperluan asas (duit makan/nafkah/dapor/barang rumah)
  5. Bil2 tepon/letrik/air/internet
  6. Duit nk hantar kat makbapak *optional
  7. Jalan2/percutian
  8. Anak (kalau terrrrcepat sangat dpt anak)

Kalau semua ni dah ada peruntukannya, then sila proceed cepat2 untuk luahkan kata2 hikmat di atas kepada sesiapa yang anda suka :P Mendirikan masjid adalah suatu yang mulia. hee.. Ye, ye.. Dapat bini bekerja, nk pk byk2 pasal peruntukan ni nk buat ape ek.... OI... TAKKAN SEMUA BENDE KO NK TUNGGU GAJI BINI KO... kot kalau pon nk share2.. mebi ada laa bende yg sesuai.. spt... mm... kereta. kalau dia ada kete yg lom abis utang, ofkos laa dia bayar kan.. takkan sebab dah kawen, ko kene bayarkan kete dia pulak :P hhahaha.. Pastu bab perbelanjaan tu.. nafkah dah opkos laa ko kene kasi.. takkan nk kasi nafkah BATIN je.. ZAHIR nye camne. Tau la dorg ada gaji.. tp ko kene kasi gak!! Bil tepon.. kalau semua pakai hp, bayo asing2 la kan. Hahahahah.. Kesimpulannya, apa saja yg PAKAI SENDIRI utk KEPENTINGAN DIRI SENDIRI, mebi kene la pakai DUIT SENDIRI. Kalau ada kepentingan BERSAMA, kene congak2 untuk pakai DUIT BERSAMA or pakai je DUIT HASBEN :P

Kerja tu dah stabil ke? Kalau tak stabil, apa perancangan masa depan korang? Sebagai khalifah yang menerajui keluarganya, adalah seperti ketua dalam platun. Hohoho! Xkan takde perancangan. Kalau gaji keje tetap x cukup, buat ar overtime or part-time. Kalau asik ckp letih, letih, letih... sila duk membujang ok. Jadi ko boleh pegi keje, balik keje tdo, perut lapa-sila makan megi. Kalau proceed gak kawen, kata penat nk keluar bekerja, tp kat umah nk macam2.. bongok.

Kalau nk migrate (pindah keje/balik kampung/try keje lain di luar daerah/etc)... ha.. kene laa plan elok2. Kaji dulu pro&cons. Buat analysis/study sikit.. Orang perempuan sangat critical thinking. Mereka akan pk penghijrahan secara tiba2 ni sebagai suatu yang agak 'risky' dan tidak berapa menjaminkan, unless pasangan dapat/berjaya counter balik.. tunjuk semua hasil kajian korang.. HAHAHAHA.. aku mcm dah terpengaruh asik buat BOD paper ;p Semua kene present dalam slide: with all the OPTIONS, IMPACTS, BENEFITS, PRO&CONS, ETC....

Entry harini mcm nk menyalahkn laki je kn. Sorry la.. Agak emotional sikit semenjak dua tiga menjak ni, sbb persekitaran aku banyak sangat senario yang tak berapa enak utk otak aku proses. Akibatnya, terhasilkan entry yg panjang ni :P


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Dr.Owl



Life isn't about waiting for the storm to pass,
it's about learning to dance in the rain.

1 comments:

Sabrina said...

Interesting post :)

"I wish I'd had the courage to live a life true to myself, not the life others expected of me."
Life is a choice. It is YOUR life. Choose consciously, choose wisely, choose honestly.
Choose happiness.

Live Traffic Feed