Ini adalah website yg dibuat oleh Lady Bikers Malaysia. Boleh dirujuk disini atau terus baca je (http://www.ladybikersmalaysia.com/2011/11/pada-ahad-lepas-ketika-sedang-minum-di.html)
Pada ahad lepas ketika sedang minum di kantin Tropicana Medical Centre, LBM di kejutkan dengan berita di mana Mas atau nama penuhnya Normasilla telah "down". Ketika mendapat berita, di beritahu "ada seorang lady down di Sg Koyan bawak Versys". Beberapa panggilan cuba di buat, tetapi gagal. Akhirnya lebih kurang jam 7.30mlm telah di sah apabila mendapat pengesahan dari pihak hospital & beliau akan di menjalani pembedahan sekitar jam 8 malam.
Menurut sumber terdekat, pada masa kejadian beliau menunggang Kawasaki Versys milik adiknye iaitu Johan. Beliau telah tersasar & terjatuh, visor helmet beliau telah pecah & melukakan dahi beliau. Beliau kemudiannya di bawa ke Hospital Kuala Lipis untuk bantuan.

Hasil pemeriksaan beliau telah di rujuk ke Hospital Sultan Ahmad Shah Temerloh untuk rawatan lanjut.
Beberapa orang ahli LBM telah melawat & mendermakan darah mereka kepada beliau
Sepanjang perkenalan dengan beliau, didapati beliau merupakan seorang Ladies yang cukup aktif. Sering mengikuti konvoi rasmi mahupun tak rasmi & kerja kerja amal. Beliau bukan saya aktif di dunia permotoran malah beliau juga gemar dengan aktiviti lasak lain seperti scuba & hiking.
.
Pada bulan june yang lepas beliau telah di interview oleh Majalah Jelita di ruangan Tamu.
Berita terkini diberitahu beliau berada didalam keadaan stabil, semoga beliau tabah menghadapi dugaan tersebut. Marilah bersama sama berdoa.
Amin
Info terkini dari adik beliau - lebih kurang jam 10.30 pagi tadi, Mas sudah sedarkan diri & memberi respond kepada keadaan sekeliling.
Info dari adik beliau - Alhamdulillah, Mas dah sedar sepenuhnya sekarang...Mama dan Adeq sempat "bermain-main" dengan Mas sebelum mas bertindak agresif..Kepada kawan-kawan semua, doakan lah supaya Mas cepat sembuh, semoga Mas cepat sihat
Pagi tadi adik beliau telah memaklumkan bahawa Mas telah sedar sepenuhnya, tapi beliau masih menggunakan bantuan pernafasan. Mas telah mula senyum & menganggukan kepala. Tangan & kaki juga telah bergerak dengan aktif. Marilah kita bersama-sama mendoakan agar beliau bernafas lebih kuat agar alat bantuan pernafasan beliau dapat ditanggalkan.
Jumaat 25.11.11 Mesej dari adik beliau - Harini besday Mas.. Hadiah plg bes is Mas dh mula nafas tnpa mesin! Jom doa ramai2.. Biar Mas dpt bukak tube smua ptg ni! -nazAhad 27.11.11 jam 12.47 tgh terima mesej dari sahabat baik di Hosas - Mas dah kembali ok, Insyaallah esok lusa akan keluar dari ICU untuk ke General Ward. Dia pun sudah sedar sepenuhnya.
Terima kasih Saudara Rizal
Alhamdulilah.
Wsalam
6 comments:
update mlm td 8.12.11-aku, eyna tepon mas & besh dpt sembang ngan masssss....moge mas kuat & sehat sepenuhnyer...jgn lasak2 sgt...kasik baik betoi2 dulu tau cik mas oiii... ;)
sronok baca pekembangan Mas ni.. alhamdulillah.. it was a really2 fast recovery.. berkat doa semua juga kan? get well soon Mas!
tq pada semua yg mdooakan! :)
aminnnnnn~~~ semoga dpt beraksi semula lepas nih.. ngeh ngeh ngeh.. :D
take care taw babe! jangan lasak2 sangat. aaaar bebudak GLC nak buli sket je besok....sketttt jer. insya Allah jumpe besok :)
Amin.. Tq Ryo :)
Soul.. pehh.. rindu balik aku pada geng GLC.. tq korang!
Post a Comment