Followers

Terima kasih sbb sudi jadi Follower (^_~) *wink*

“We're born alone, we live alone, we die alone. Only through our love and friendship can we create the illusion for the moment that we're not alone.” - Orson Welles

“The most important things are the hardest to say, because words diminish them. - Stephen King

Kisah Insiden (in full)

Alhamdulillah. Walaupun mata aku agak blur, tp improving. Atleast now dah boleh taip banyak2 :) Jom kita borak pasal insiden menyayat hati (hoh! sampai kene jahit hati aku ni tau!)

Kejadian 13 Nov 2011 haritu betul2 buat aku kagum. ...sebab satu mende aku tak leh nk recall apa yg dah jadik. Biasa la.. riders cam kitorg hujung minggu sure akan keluar sbb ada saja aktiviti. Kalau takde jemputan, kami menjemput diri sendiri pegi minum di mana2. hehe. Jiwa bikers. Cewah. Ride sabtu selamat je. Cuma geng kata basah sbb ada hujan (boleh x aku ckp aku tak ingat lgsg!). Pastu ride ahad pulak, dgn mama komplen aku x salam babai dgn dia... X pernah ok. Setiap kali aku nk kua sure aku salam dan peluk cium mama. I love her very much! Tapi pagi tu boleh pulak aku blah gitu je dgn moto. Mak aku pon pelik dan agak kecik ati kot.. Naik bilik tdo balik la.. baru kol 7 pagi. Yang johan pulak dia ckp aku asik ride tinggalkan dia.. Huh.. Tak pernah ok.. Aku biasa akan tunggu dia siap2 baru aku jalan. Pastu sure laa together2. Tapi ahad tu aku mcm bukan aku je.. Huh.. Ini apa yg diceritakan la... aku tak ingat (hehehe lagi)

Kat Sg Koyan tu (beberapa kilometer nk sampai Raub) kitorg yg berkomvoi 17 ke 18 bijik moto (aku x igt lagi) jalan dgn seronoknya. Sbb jalan tu stret kot.. Ada korner pon sket2 je kot? Entah. Tapi tetiba komvoi dikejutkan dgn moto aku yg tetiba terkeluar dari landasan (jalan raya utama la). Sebelah tu bukan jalan raya. Sape yg tak terkejut! Mmg bergolek sakan aku dgn moto tu.. pehh. Pastu moto dah blah, aku lak sambung bergolek sakan. Ha.. Hambekk.. (Kejadian berlaku kol 11 pagi lebih) Johan sampai dgn cuaknya cuba nk idupkan aku balik.. Pastu ikot kata johan, ada pacik polis yg datang bacakan doa pada aku, baru aku idup balik. Huh.. Jo kata orang tgk aku cam dah mati.. Nasib baik aku ada adik aku tu.. Tq johan.. lef yu... dia cuba selamatkan. Tapi thanks to bikers gak. Tadi Erin ckp ramai gak tolong masa nak angkat aku dari tempat pembaringan. huhu.. Jasa baik anda semua dikenang :) Pada yg pegi menyiasat lokasi kemalangan selepas2 tu, tq alot jugak....

ps 1. Dengar2 cite, tmpt aku accident tu mmg satu lokasi kemalangan popular. Hampir tiap2 minggu la ada accident.. sminggu pas aku, ada bikers jatuh tmpt sama gak.. patah kedua2 kaki.. sebelum aku acc pon dgr mmg biasa dah acc situ.. Subhanallah...

Ambulan xde lalu.. yg lalu polis je.. pastu dorg yg cuba bawak aku ke Klinik Desa Kuala Lipis.. sbb nk bawa ke hospital pon kene pegi yg kecik dulu.. isk.. apa punya procedure la... So dorg betulkan koyak kat dahi ni kalau x silap... (dahi koyak sbb visor helmet pecah dan menikam dahi sampai koyak dalam2 huhuhu Helmet tu tak pecah pon...) Lepas tu ambulen kot hantar mas ke Hospital Temerloh (dan kedengaran ambulan pon ada alami kerosakan semasa nk hantar mas ke hospital tu.. perhh) FYI mas accident terus pengsan (walaupun in reality, johan ckp mas ada berckp, menyatakan yg "Aku ok" huhu) So mas sangat tak sedar apapa yang berlaku semasa dan selepas accident.

Masa kat ICU Hospital Temerloh

Sampai Hospital Temerloh, malam buta baru dioperasi... pendarahan banyak sangat.. Kehilangan darah pon banyak gila.. Lepas dokte2 cek baru la tau yang hati gua yg terkoyak 3. Pehhh... Time tu dorg pon gaknya berpk2 camne nk selamatkan mas. Alhamdulillah usaha dorg berjaya juga yg stopkan pendarahan. Jahit kekoyakan pada hati gua.. pehh.. Tapi selepas tu mas tetap x sedar lagi... 14 hari kat ICU masih koma.. Masa ni la mama dan adik2 cite RAMAI GILA kawan2 yg datang untuk melawat dan derma darah... sampai terlebih pulak darah kat spital, dorg kene call ambulen amek darah2 yg terlebih utk didermakan pada yg memerlukan.. Ya Allah.. Terima kasih semua.. Dengar2 ada beratus gak geng yg melawat.. cuma masih koma, gua je yg tatau sape.. Ma ada la cerita hari demi hari..

ps 2. Alhamdulillah, gak ramai yg menyalurkan kutipan derma :) Oh..rezki ada kawan2 yg amik berat nie.. Ada banyak dapat hadiah jugak! weee...

After that mama minta mas ditukarkan ke SDMC (sime darby ke ape nama baru dia) So hari ke 15, masuk wad biasa dulu (procedure lagi)... then hari 16 pindah SDMC.. masuk ICU gak.. hati yg dah dioperasi tu ada kebocoran.. pendarahan masih ada.. Dokte operasi lagi sekali (tebuk2 badan la pulak... dah tak operet dah.. owhhh.. panjangnya kesan operet ni.. huwaaa) Alhamdulillah semua selamat (huhh..gua masih x sedar diri) Tetiba hari ke 18 kot, mas bgn pagi tu mintak mama.. Mama lak lom sampai (dia balik umah). Huhhh..sedih tau.. Aku bukak mata nampak banyak gila wayar yg bersambung badan. Perhh.. Dah la tu, corak atas badan (kat dada ke bawah nie) pun cantek.. peh pehh.. Bila mama datang ajak mama borak.. Dia suke la.. tgk anak dia dah bgn.. cuma.... ANAK DIA TAK BERBAHASA MELAYU! Hahahahaha.. ikot kata mama (aku x igt sgt peristiwa ni) 3 hari bgn kat SDMC aku x ckp melayu... asik ckp matsaleh je.. heheh.. Dah laa speaking london, dok panggil bapak aku "hensem" hahaha.. sampai mak aku yg betulkan... soh aku panggil dia papa semula.. ya Allah.. kelaka betul..

Tapi banyak laaa kes/kejadian aneh semasa di spital2 semua.. Agaknya pasal family aku ni "special" (boleh nampak/rasa antu/makhlus halus) so byk yang mengganggu.. huhu... Thanks pd family members aku sbb tolong aku sampai sihat balik mcm skrg... Syukur Alhamdulillah.. Aku sangat happy skrg... Ni MC sampai januari.. tatau la brp haribulan baru naik keje.. naik jan or feb pon aku tak sure.. Apa pun, mudah2an segera sehat kan..

ps 3. Moga nyawa aku dipanjangkan ini dapat membalas segala budi makbapak, keluarga dan sahabat2 yg membantu. InsyaAllah. Mama... sbb mama jaga mas seelok2nya dari ICU sampai sekarang, mas janji mas akan jaga mama sebaik2nya! Muahhh!

Eksiden Haritu

Haritu eksiden tatau kenapa. Tapi ni gamba2 yg ada dalam hp mama. Aku sempat amik utk aplod. hhehehe.. Wallahualam camne bleh eksiden. Dengar2 sbb 'ada sesuatu' di situ. Tapi Syukur Alhamdulillah. Dah sihat sikit kan. Perot ni je yg sakit x abis2... Mebi sbb koma 15 hari haritu.... perot sudah kene angin le...






Masa kritikal....


Kesihatan

Kepada semua kawan2 dan sahabat,

Aku nk minta maaf dan ucapkan terima kasih kepada semua. Skrg makin sehat Makan pun makin bertambah. Skrg makan byk gila ubat, x sabar nk baik.... Korang pun tolong doakan yek! I love u alls bebeh!

Insiden Motor

Ini adalah website yg dibuat oleh Lady Bikers Malaysia. Boleh dirujuk disini atau terus baca je (http://www.ladybikersmalaysia.com/2011/11/pada-ahad-lepas-ketika-sedang-minum-di.html)


Pada ahad lepas ketika sedang minum di kantin Tropicana Medical Centre, LBM di kejutkan dengan berita di mana Mas atau nama penuhnya Normasilla telah "down". Ketika mendapat berita, di beritahu "ada seorang lady down di Sg Koyan bawak Versys". Beberapa panggilan cuba di buat, tetapi gagal. Akhirnya lebih kurang jam 7.30mlm telah di sah apabila mendapat pengesahan dari pihak hospital & beliau akan di menjalani pembedahan sekitar jam 8 malam.


Menurut sumber terdekat, pada masa kejadian beliau menunggang Kawasaki Versys milik adiknye iaitu Johan. Beliau telah tersasar & terjatuh, visor helmet beliau telah pecah & melukakan dahi beliau. Beliau kemudiannya di bawa ke Hospital Kuala Lipis untuk bantuan.



Hasil pemeriksaan beliau telah di rujuk ke Hospital Sultan Ahmad Shah Temerloh untuk rawatan lanjut.


Beberapa orang ahli LBM telah melawat & mendermakan darah mereka kepada beliau


Sepanjang perkenalan dengan beliau, didapati beliau merupakan seorang Ladies yang cukup aktif. Sering mengikuti konvoi rasmi mahupun tak rasmi & kerja kerja amal. Beliau bukan saya aktif di dunia permotoran malah beliau juga gemar dengan aktiviti lasak lain seperti scuba & hiking.





.
Pada bulan june yang lepas beliau telah di interview oleh Majalah Jelita di ruangan Tamu.





Berita terkini diberitahu beliau berada didalam keadaan stabil, semoga beliau tabah menghadapi dugaan tersebut. Marilah bersama sama berdoa.
Amin

Info terkini dari adik beliau - lebih kurang jam 10.30 pagi tadi, Mas sudah sedarkan diri & memberi respond kepada keadaan sekeliling.

Info dari adik beliau - Alhamdulillah, Mas dah sedar sepenuhnya sekarang...Mama dan Adeq sempat "bermain-main" dengan Mas sebelum mas bertindak agresif..Kepada kawan-kawan semua, doakan lah supaya Mas cepat sembuh, semoga Mas cepat sihat

Pagi tadi adik beliau telah memaklumkan bahawa Mas telah sedar sepenuhnya, tapi beliau masih menggunakan bantuan pernafasan. Mas telah mula senyum & menganggukan kepala. Tangan & kaki juga telah bergerak dengan aktif. Marilah kita bersama-sama mendoakan agar beliau bernafas lebih kuat agar alat bantuan pernafasan beliau dapat ditanggalkan.

Jumaat 25.11.11 Mesej dari adik beliau - Harini besday Mas.. Hadiah plg bes is Mas dh mula nafas tnpa mesin! Jom doa ramai2.. Biar Mas dpt bukak tube smua ptg ni! -naz

Ahad 27.11.11 jam 12.47 tgh terima mesej dari sahabat baik di Hosas - Mas dah kembali ok, Insyaallah esok lusa akan keluar dari ICU untuk ke General Ward. Dia pun sudah sedar sepenuhnya.
Terima kasih Saudara Rizal

Alhamdulilah.

Wsalam



"I wish I'd had the courage to live a life true to myself, not the life others expected of me."
Life is a choice. It is YOUR life. Choose consciously, choose wisely, choose honestly.
Choose happiness.

Live Traffic Feed