Followers

Terima kasih sbb sudi jadi Follower (^_~) *wink*

“We're born alone, we live alone, we die alone. Only through our love and friendship can we create the illusion for the moment that we're not alone.” - Orson Welles

“The most important things are the hardest to say, because words diminish them. - Stephen King

Kalah kerana tulus


“Menang kerana fulus, kalah kerana tulus.” - A. Samad Said


Lepas terbaca je status update FB A. Samad Said ni terus aku asik terpk2. Betul jugak ckp pakcik aku ni (err.. takde talian darah pun ye kecuali saudara sesama muslim) Hm. Biasanya orang boleh menang sebab dek duit. Tak kesah laaa menang apa.. menang kes ke, menang orang ke, menang lain2 ke.. dan niat ikhlas, perbuatan kita yg tulus ni selalu disalaherti dan akan membuat kita kalah. Haihh.. Tak aci ok... tapi nk buat cane, katanya dunia kan. Semua itu bersifat sementara.

*fuhh... tarik nafassss... lama betul Dr.Owl medical leave ni. hehehhe

“Buat baik dibalas baik” VS. “Buat baik berpada2, buat jahat jangan sekali” ..buatlah banyak kali (Hahaha. ayat tambahan ni hanya lawak ok!) VS. “...kalah kerana tulus”. Tengok je pada ayat2 di atas. Hebat kan? Kata2 yang mcm dok bertentangan antara satu sama lain. Satu suh buat baik supaya dibalas baik. Satu lagi dah mula kasi warning buat baik tu berpada2 laa kan.. satu lagi, hah! Buat baik la yg buat kita kalah.. aiyoo... Pening. Nak jd baik ke apa ni... hahaha.. Lu pikir laa sendirik!

Aku org yg suka buat baik. Ikhlas ni. Mmg jarang2 sangat pk nk jd jahat. Tapi aku manusia garang. Siapa berani mempermainkan aku, siap je la. Mau aku maki puas2. Second chance? Kurang menjadi pilihan. Dan aku amik kesempatan kat sini utk mintak maap gak pada kengkawan kalau aku ada jugak tergarang2 kat korang.. ye la.. aku mana gemo tgk orang dibuli. Pantang datok nenek moyang ok. hee.. Tak kisah laa baik tu menang ke kalah ke, pleaseeeee lah jadi baik. tsk tsk tsk..

Menang hanya sebab berduit? Ermm.. Takde la betul 100% kan... tp most of the time yes. hurmm.. Pelik la dunia zaman skrg. Ko igt ko ada duit ko akan sentiasa menang ekk (walaupun ko jahat)? Ingat Tuhan beb. Kalau ikot cerita dalam buku kanak2 mmg senang... semua perbuatan pasti mendapat balasan segera dari Tuhan. Tapi tak semua pun mcm tu. Allah saje kasi can lamaaaaaa sikit kat org2 jahat yg berduit/ menggunakan duit untuk menang. Satu hari nanti pasti dibalas jua.. tak kesah la, kalau tak dibalas sekarang.. pada anak cucu nanti. Masih nk mencuba? Nak tgk Allah tu Maha Kuasa ke tak ehh... Sukahati lahhh..

Jangan la kita nk buat baik sangat dan tulus sangat pada orang yg kurenggg hati budi. Nanti satu hari silap2 haribulan, kita gak yg kerugian... kecuali Allah turunkan hidayah kepada org2 tersebut berkat dari kuasaNya yg hebat dan mungkin dari doa2 yg kita kirimkan. Tapi... tak payah terlampau baik ok!! Sekian wassalam :)

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Dr.Owl

0 comments:

"I wish I'd had the courage to live a life true to myself, not the life others expected of me."
Life is a choice. It is YOUR life. Choose consciously, choose wisely, choose honestly.
Choose happiness.

Live Traffic Feed