Followers

Terima kasih sbb sudi jadi Follower (^_~) *wink*

“We're born alone, we live alone, we die alone. Only through our love and friendship can we create the illusion for the moment that we're not alone.” - Orson Welles

“The most important things are the hardest to say, because words diminish them. - Stephen King

Rasa Cinta


“A very small degree of hope is sufficient to cause the birth of love.” -Stendhal


♫ ♪ Aku tak tahu apa yang ku rasakan
dalam hatiku saat pertama kali
lihat dirimu, melihatmu
seluruh tubuhku terpaku dan membisu
detak jantungku berdebar tak menentu
sepertinya aku tak ingin berlalu ♪♫



Pernah dgr lagu ni tak? ala.. lagu Ungu-Percaya Padaku. tah laa nk ckp apa. Tadi aku tgk cite indon, tau2 kisah cintan cintun lak lagi. adoi.. x baca sinopsis lagi.. Pastu mula la jiwang karat.. terpikir pasal rasa cinta yang wujud masa pertama kali berjumpa dgn si dia.. heehe.. korang faham kann..

Dalam cite yg baru aku tgk tadi, ada la mat tu buat ayat cani:

"The first meeting will leave us with curiosity, and the second one will leave us with yearning.. and I don't want to yearn."

ehh! Dia ckp bahasa indon la kan.. tp aku suke translation dia, lg sedap nk baca.. ekekeke.. Bagi aku, maksud ayat ni sgt mendalam. Inilah rasanya masa kita tetibe terjumpa dgn someone dan tetiba ada feeling something special..... dan mustilah kalau boleh tanak terpisah lepas tu kann..

Ada kawan tinggalkan komen mcm ni kat fesbuk aku masa aku tanya soalan cepumas: Is it worth going after certain people; no matter how strongly you feel about them..

In the words of Mary Horowitz (cerita All About Steve)
  • If you love someone… set them free…
  • If you have to stalk them…
    They probably weren’t yours in the first place :)

Haaaa... hambek... Aku pon tergolong dlm kategori yg mcm ni gak kot.. Dengan selambe badak je bleh nk set org yg aku suke (er.. nk sebut cinta ke... adoiii) pergi.. set him free. Dah bukan jodoh la kan.. walau sedalam mana pon perasaan kita tu kan, kalau dah xde jodoh, kena terima je la kan. Tapi.. its not that easy lahh. Banyak woo benda akan terkenang.. spt terkenang rasa yg wujud tetiba saat pertama kali kita jumpa dia, mcm dalam lirik di atasss tu (T__T)"

Mari berdoa demi CINTA

Aduhhh.. kenapa lately aku cam terrjiwang-karat sangat tah.. adakah aku turut terrrrkenang2?? adddehhh... Ni semua padah lepas layan movie la ni.. Walau apa pun, cinta is something. Ia bukan mudah je nak datang mcm tu saje bila2 kita berjumpe dgn org. Cinta is special. Kalau ada rasa cinta tu, kita banyakkanlah berdoa padaNYA; semuga apa yg dihajati akan dipermudahkanNYA dan diperkenankan. Kalau tak, mmg cinta tu a bit susah pada mereka2 yg terpilih. Allah saja nk duga kan... :)


DOA CINTA

Ya Allah
Seandainya telah engkau catatkan
Dia milikku tercipta buatku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan antara kami
Agar kemesraan itu abadi

Dan Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Mengasihi
Seiringkanlah kami melayari bahtera hidup ini
Ketepian yang sejahtera dan abadi

Tetapi Ya Allah
Seandainya telah engkau takdirkan
Dia bukan milikku
Bawalah dia jauh dari pandanganku
Luputkanlah dia dari ingatanku Ya Allah
Dan peliharalah aku dari kekecewaan
Serta Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Mengerti
Berikanlah aku kekuatan
Melontar bayangannya jauh ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Agar aku boleh bahagia
Walaupun tanpa bersama dengannya

Dan Ya Allah yang tercinta
Gantikanlah yang telah hilang
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah
Walaupun tidak sama dengan dirinya

Ya Allah Ya Tuhanku
Pasrahkanlah aku dengan takdirMu
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau Maha Mengetahui
Segala yang terbaik buat hambaMu ini

Ya Allah
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku
Di dunia dan di Akhirat
Dengarlah rintihan dari hambaMu yang daif ini
Jangan Engkau biar aku sendirian
Di dunia ini mahupun di Akhirat
Menjurus aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman
Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup
Ke jalan yang Engkau redhai
dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh

AMIN


Blog link yg berkaitan:

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Dr.Owl

2 comments:

eynasupian said...

aku pon ske lagu ungu-percaya padaku...baru je donlod n trus buat ringtone... ;)

intoxicated-catastrophe™ said...

waahhh.. siap jd ringtone tuuu... :)

"I wish I'd had the courage to live a life true to myself, not the life others expected of me."
Life is a choice. It is YOUR life. Choose consciously, choose wisely, choose honestly.
Choose happiness.

Live Traffic Feed